27/6/2011
Teknologi maklumat(TM) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data.Apa yang saya faham dengan TM ialah ianya berkaitan dengan computer yang dapat menyalurkan maklumat kepada manusia tidak kira dimana jua berada.
Fungsi teknologi maklu maklumat adalah emnyalurkan maklumat kepada manusia melalui internet
TEKNOLOGI
Pada dasarnya,makna teknologi ialah sesuatu benda yang dapat membantu manusia untuk membuat sesuatu pekerjaan dengan lebih mudah.Contohnya kita ingin mengali lubang kita boleh mengunakan cangkul untuk memudahkan kerja kita untuk mengali lubang.Apa yang dipanggil teknologi itu adalah bahan yang memudahkan manusia untuk bekerja.Dari contoh di atas cangkul itu dipanggil teknologi.
Didalam subjek Teknologi Maklumat Komunikasi ini.Teknologi berpandu kepada perkakas, perisian dan telekomunikasi yang digunakan untuk menyalur maklumat kepada manusia.
Antara teknologi yang ada pada abad ke-21
a)laptop
b)desktop
c)handphone
d)android
Dengan adanya teknologi-teknologi diatas.kita dapat berkolaborasi dengan rakan-rakan kita yang berada didalam Negara mahupun diluar Negara.Dengan mengunakan internet melalui laman-laman social yang ada antaranya Facebook,Blog dan Twitter.
PERKAKAS KOMPUTER
Adalah bahagian-bahagian yang melengkapkan bentuk komputer
CONTOH PERKAKAS KOMPUTER
INGATAN CAPAIAN RAWAK (RAM)
menyimpan maklumat sementara yang sedang digunakan oleh aplikasi yang sedang berjalan.RAM hanya ingat sementara & boleh terpadam apabila computer ditutup.
UNIT PEMPROSESAN PUSAT(CPU)
CPU bahagian computer yang menterjemah & melaksanakan arahan dalam perisian.tugas pelakasanaan dibahagi kepada unit pengawal (control Unit) yang mengawal atur cara dan 1 atau lebih unit perlaksana(execution Units) yang melakukan operasi terhadap data.
INGATAN BACAAN SAHAJA (ROM)
Merupakan sejenis ingatan computer yang bersifat baca sahaja.ini bermaksud kandunganya tidak boleh diubah dengan senang.secara umumnya,ROM adalah sejenis ingatan ingatan yang tidak meruap,bermaksud kandungan data yang disimpan didalam ROM dapat dikekalkan apabila bekalan kuasa dimatikan.
PERISIAN KOMPUTER
Perisian computer terdiri daripada program yang membolehkan komputer melakukan sesuatu tugas tertentu
CONTOH PERISIAN KOMPUTER
a)Microsoft Word
b)Adobe photoshop
c)kaspersky-Anti Virus
iNF0 Tentang Komputer
*Digital computer pertama tercipta pada tahun 1953
*EDSAC merupakan salah satu komputer terawal yang menggunakan seni bina atur cara tersimpan .
*ENIAC electronic numerical integrator and computer dibangunkan hasil kerjasama university of Pennsylvania & kerajaan US.18000 tiub vakum & 7000 resistors.
*Dibangunkan oleh John Presper Eckert & John W Mauchly merupakan General Purpose com.
REFLEKSI
~dengan bermulanya kelas Information Comunication and Technology(ICT) ini.saya dapat mengenal apa itu yang dimaksudkan oleh teknologi,hardware,software dan semua basic yang ada di dalam subjek ini.Saya berasa berminat untuk belajar lebih dalam lagi tentang (ICT).~
No comments:
Post a Comment