Monday, 1 August 2011

27/7/2011

Kalau kelas yang lepas kita baru berjinak-jinak dengan MICROSOFT WORD 2007.Pada Hari ini kami kelas Pemulihan-1 mendalami lagi ilmu microsoft word ini.Kali ini kami diajar bagaimana mahu  mengisi data-data kita dengan lebih mudah.Apa yang saya maksudkan ialah.Bagaimana mahu mengisi markah murid-murid dengan cara yang lebih mudah lagi dan tanpa berulanag-ulang melakukan benda yang sama.Hanya dengan beberapa click kerja anda siap dalam tempoh masa yang sangat singkat.
Apa yang kami buat pada hari ini adalah kami dikehendaki menyediakan 1 sijil keputusan ujian bulanan untuk murid kelas.Kami menyediakan sijil ujian bulanan itu dengan bimbingan puan Zakiah dengan jayanya.

25/7/2011

Hari ini  kami dihidangkan lagi oleh puan Zakiah tentang ilmu-ilmu MICROSOFT WORD 2007.Kami diajar dan diasah lagi untuk mendalami ilmu kami dalam mengunakan kelebihan-kelebihan yang ada dalam MICROSOFT WORD 2007 ini.Apa yang diajar oleh Puan Zakiah ialah cara memasukan data dan membuat graph,buat cover page dan cara menggunakan smart art.

Ini yang akan keluar jika anda menggunakan smart art dalam MICROSOFT WORD 2007.Cara  melakukannya adalah dengan meng'click' Microsoft Word seterusnya tekan 'insert' dan terakhir click smart art.


Seterusnya ini yang akan keluar jika anda mahu membuat cover page.tidak kurang sama juga caranya untuk membuat cover page ini.pertama dengan membuka aplikasi MICROSOFT WORD 2007 seterusnya click  'insert' dan tekan 'cover page'.
Bagaimana pula caranya untuk membuat chart dengan menggunakan  MICROSOFt WORD 2007.Caranya sama juga tekan 'insert' seterusnya tekan chart.ini yang akan berlaku bila anda membuat chart.
Ini apa yang saya dapat pada hari ini.tidak salah  kalau kita teroka lagi dalamkan tentang MICROSOFT WORD 2007 ini.mari mengkaji.